Asal Usul Kaum Yahudi
Asal Usul Kaum Yahudi - Pada
masa ini ramai orang yang beranggapan bahawa Hebrew, Bani Israel dan
Yahudi itu adalah sama sahaja. Tapi sebenarnya, setiap satu dari yang
disebutkan itu adalah berbeza.Hebrew merupakan satu bahasa dan bukan
rumpun bangsa. Bahasa Hebrew digunakan oleh puak nomad Semitic yang
tinggal di Timur Mediterranean sebelum tahun 1300 sebelum Masihi.
Bani
Israel pula adalah merupakan satu rumpun bangsa yang sememangnya pernah
wujud dalam sejarah manusia. Manakala Yahudi pula adalah satu kumpulan
manusia yang telah mengamalkan peradaban Hebrew dan Bani Israel.
Orang-orang
Yahudi sebenarnya tergolong dari berbagai-bagai rumpun bangsa dan bukan
satu bangsa yang tulen. Ia merupakan tidak lebih daripada sekumpulan
komuniti manusia yang berjaya memelihara identity mereka selama 1900
tahun. Iaitu dari tarikh musnahnya wilayah kekuasaan Rom yang dikenali
sebagai Judea dalam tahun 135 Masihi sehinggalah penubuhan Negara Israel
dalam tahun 1948. Dalam tahun 1970, Parlimen Israel telah meluluskan
satu undang-undang yang mentafsirkan Yahudi sebagai seorang yang
dilahirkan daripada seorang ibu Yahudi. Satu tafsiran yang tidak
mempunyai erti langsung. Apa yang telah mengekalkan perpaduan mereka ini
ialah keteguhan mereka dalam memegang dan mengamalkan agama yang
dikenali sebagai Judaisme.
Orang-orang
Yahudi mengabadikan diri mereka yang begitu mendalam dan
bersungguh-sungguh terhadap ilmu pengetahuan. Kepada mereka, mempelajari
ilmu pengetahuan adalah satu-satunya amalan keagamaan yang mesti
dilakukan di dalam apa jua keadaan sekalipun. Bagaimanapun, rata-rata,
Yahudi adalah orang yang tidak sepatutnya diberi muka di atas bumi ini.
Bangsa-Bangsa Bersatu, mereka telah dengan mudah tunduk kepada
tekanan-tekanan dan desakan Yahudi. Bagaimanakah hanya sekumpulan
komuniti manusia boleh diberikan sebuah Negara. Negara itu pula adalah
sebuah Negara milik orang lain.
Yahudi
tidak dikehendaki walau di mana-mana pun. Di antara tahun 132 hingga
135 Yahudi telah diharamkan memasuki Jerusalem. Sesiapa sahaja di
kalangan mereka yang melanggar perintah itu akan dihukum bunuh. Dalam
kurun ke-enam pula, orang-orang Yahudi yang merempat di Sepanyol telah
diletakkan ke satu taraf kedudukan yang paling hina sekali.Semasa
kebangkitan agama Kristian di Eropah, ramai orang Yahudi telah dibunuh
di atas tuduhan telah menyebabkan kematian Nabi Isa. Dalam zaman Perang
Salib yang berlaku di antara kurun Masihi yang ke-11 hingga kurun Masihi
yang ke-13, ramai lagi orang Yahudi yang telah dibunuh.
Dalam
tahun 1215, majlis Gereja Roman Katholik telah mengarahkan supaya semua
orang Yahudi memakai tanda pengenalan. Perkara yang sama juga dilakukan
oleh Khalifah Omar semasa beliau memerintah Baghdad. Dalam tahun 1920
pula, Raja Edward I,iaitu Raja England ketika itu, telah menghalau
Yahudi dari bumi England. Perbuatan ini dituruti pula oleh Raja
Perancis, Charles IV dalam tahun 1394.
Dalam
abad yang ke-14 dalam satu era yang dipanggil ‘Black Death’, pembunuhan
secara beramai-ramai ke atas orang-orang Yahudi menjadi sebagai satu
perkara biasa sahaja.Sepanyol menghalau penduduk-penduduk Yahudi dari
Negara mereka dalam tahun 1494.Portugal pula berbuat demikian dalam
tahun 1497.
Sejarah juga telah
membuktikan bahawa orang-orang Yahudi ini telah merempat dari satu
tempat ke satu tempat. Ada di antara mereka telah lari ke Turki. Nasib
baiklah ketika itu Turki adalah sebuah Negara Islam yang diperintah oleh
Constantinople. Islam adalah satu-satunya agama yang sangat
bertoleransi. Selain dari Turki, mereka juga lari ke Rusia dan Poland.
Dalam tahun 1648 terdapat kira-kira setengah juta Yahudi di Poland. Tapi
tidak lama kemudian, di sekitar tahun 1648 hingga 1658, di bawah
pemerintahan Bogdani Chmielnicki, sebilangan besar dari mereka telah
dibunuh dan harta mereka dimusnahkan.
Selepas
tahun 1650, satu era baru muncul pula di Eropah Barat berikutan dengan
Reformasi Puak Protestan. Dalam era itu orang-orang Yahudi telah
digalakkan pula berhijrah ke tanah jajahan British yang baru, iaitu
Amerika. Dalam tahun 1791, Majlis Kebangsaan Perancis membenarkan
kemasukan orang-orang Yahudi ke Negara itu. Ini dilakukan sebagai
memenuhi konsep demokratik Revolusi Perancis. Namun begitu, tidak
beberapa lama kemudian,Napoleon I telah membantah keras dasar itu.
Sementara kedatangan orang-orang Yahudi disambut baik di Eropah Barat,
Eropah Timur pula mengamalkan dasar yang berlawanan.Rusia dan Poland
telah mengamalkan dasar pembunuhan beramai-ramai ke atas orang-orang
Yahudi. Pembunuhan ini samalah seperti apa yang telah berlaku di Eropah
Barat satu ketika dahulu.
Apabila
Poland Timur menjadi sebuah tanah jajahan Rusia di antara tahun-tahun
1772 hingga 1796, orang-orang Yahudi yang masih ramai lagi hidup di situ
telah dikenakan sekatan-sekatan yang hebat. Mereka juga hilang hak
untuk menuntut ilmu dan berniaga. Mereka tidak dibenarkan tinggal di
luar tempat-tempat yang tertentu. Bukan itu sahaja, malah Kerajaan Rusia
telah menggalakkan serta membiayai pembunuhan orang-orang Yahudi secara
beramai-ramai.Peristiwa inilah yang dikenali sebagai ‘pogrom’, iaitu
pembunuhan orang-orang Yahudi secara beramai-ramai di zaman moden. Ia
berlaku dalam tahun 1881 berikutan terbunuhnya Czar Alexander II.
Kemudian
dalam tahun 1903 dan tahun 1905, ekoran dari kegagalan Revolusi Rusia,
berlaku sekali lagi pogrom. Pogrom kali ini hebat dan berlaku di 600
buah kampung orang-orang Yahudi. Mereka dicincang hidup-hidup sementara
harta benda mereka serta rumah-rumah mereka dibakar. Pogrom yang
mengorbankan beratus-ratus ribu orang Yahudi pula berlaku semasa Perang
Saudara Rusia akibat dari Revolusi Bolshevik dalam tahun 1917. Dalam
tahun 1938, pogrom juga telah berlaku di Jerman. Dan pogrom yang
terbesar sekali yang pernah berlaku dalam sejarah ialah pogrom yang
berlaku dalam Perang Dunia Kedua di mana seramai enam juta orang-orang
Yahudi telah dibunuh secara sistematik dalam apa yang dinamakan oleh
Kerajaan Jerman sebagai ‘penyelesaian terakhir kepada masalah
orang-orang Yahudi’.
Wallahu’alam….
Sumber : hasnukhadiahmad.com
0 Response to "Asal Usul Kaum Yahudi"
Catat Ulasan