e-Penyata Gaji Untuk Kakitangan Awam


Entri ni ditujukan untuk semua kakitangan awam di seluruh Malaysia. Mulai Oktober 2010 penyata gaji bulanan dan penyata pendapatan tahunan (slip gaji) tidak akan dihantar oleh Pejabat Perakaunan kepada penjawat awam seperti kebiasaannya.


Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia Bil 3 / 2010  : Pelaksanaan Sistem e-Penyata Gaji  dan eLaporan telahpun memaklumkan pelaksanaan dan panduan menggunakan sistem baru ini. Anda dinasihatkan untuk membaca keseluruhan Surat Pekeliling tersebut untuk mendapatkan maklumat terperinci tentang pelaksanaan sistem ini.

* sila click pada gambar untuk lihat dengan lebih jelas.  

Petikan Terma Rujukan Pengguna
Cara mendaftar e-Penyata Gaji

1. Pergi ke laman web Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM). 


untuk terus ke Daftar Masuk e-Penyata Gaji

2. Kemudian, click pada Pertama Kali Mendaftar.


3. Lengkapkan ruangan kosong dan setelah selesai click OK.



4. Anda akan lihat gambar di bawah setelah berjaya mendaftar. Click Daftar Masuk (seperti langkah no. 2) menggunakan No. K/P dan Kata Laluan semasa pendaftaran dibuat.

 


Cara menyemak e-Penyata Gaji

1. Pergi ke laman web Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM). Masukkan No. K/P dan Kata Laluan, kemudian click Daftar Masuk.


untuk terus ke Daftar Masuk e-Penyata Gaji

2. Anda akan lihat e-Penyata Gaji anda seperti contoh di bawah. Anda boleh pilih tahun dan bulan bagi penyata bulanan yang anda kehendaki. Sila perhatikan betul-betul bahagian yang dikotakkan dengan warna merah.


* Untuk lebih faham, sila rujuk Tatacara Penggunaan Sistem e-Penyata Gaji. Selamat mendaftar dan sila simpan kata laluan anda elok-elok.


Sumber : Cikaili 


No comments:

Write a Comment


Top