Tips Untuk Suami Isteri Hidup Bahagia
Sesungguhnya dalam melayari bahtera
hidup bersama pasangan, banyak perkara perlu dipelajari bagi mencari
kematangan dan kebahagiaan.
1) Beri pujian kepada isteri
Jangan lokek memberi pujian kepada
isteri dengan mengatakan dia cantik dan kemas. Pujian ini penting untuk
menaikkan semangat isteri tatkala semangatnya hilang dan luntur.
2) Dengar pendapat isteri
Suami isteri perlu sering bertukar-tukar
pendapat tidak kira taraf pendidikan atau profesionalisme mereka. Isu
semasa boleh dijadikan sebagai ‘ice-breaking’. Kemudian,berbincanglah
mengenai hal rumah tangga dan masa depan. Suami boleh bertanyakan
pandangan isteri mengenai masalah kerjanya.
3) Penuhi hajat isteri
Bukan semua hajat isteri boleh dipenuhi
suami. Bukankah pemberian itu melambangkan anda suami yang amat
menghargai pengorbanan isteri.
4) Anggap pasangan seperti diri sendiri.
Menganggap pasangan sebagai diri sendiri
yang harus dihargai, dibelai, dihormati, disayangi dan dikasihi. Semua
orang suka dibelai dan dikasihi apatah lagi pasangan suami isteri.
Mengapa selepas berkahwin cinta tidak sehangat sewaktu bercinta.
Inilah yang sering diabaikan oleh banyak pasangan. Pasangan anda adalah
cerminan diri anda sendiri. Kemana pon anda pergi, potret wajahnya
perlu anda bawa bersama. Jika ini diamalkan selalu, rumahtangga akan
bahagia.
5) Isteri bukan pembantu rumah
Banyak suami menganggap kerja-kerja
rumah tanggunjawab isteri seratus peratus. Padahal dalam Islam, tidak
ada hukum isteri wajib melakukan kerja rumah. Cuma,ajaran Islam
mengatakan wanita berkahwin yang taat
dengan suami dan Tuhan, menjaga harta dan maruah suami dengan sebaiknya
akan dijamin syurga. Itu sahaja. Atas jaminan inilah ramai wanita tidak
berkira dengan kerja rumah yang mereka lakukan.
6) Isteri juga manusia
Mereka ialah golongan wanita yang penuh dengan perasaan emosi.
Apabila mereka redha dan bahagia dengan setiap perkara yang mereka
lakukan, maka perasaan mereka tenang dan gembira. Namun, jika mereka
tertekan dengan apa yang berlaku, maka emosi mereka mulai berkecamuk dan
sering mencari jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi.
7) Ingat tarikh penting
Manusia memang suka dihargai dan
dikejutkan dengan pemberian hadiah oleh sesiapa sahaja apatah lagi
daripada orang yang disayangi. Cukup sekadar seutas jam atau sehelai
tudung. Jika ‘budget’ anda tidak mencukupi, memadai sekuntum bunga dan
sekeping kad.
8) Bantu ringankan tugas isteri
Suami perlu turun padang membantu isteri
jika setiap hari isteri anda bertungkus lumus memasak,membasuh dan
mengemas rumah. Jika anda tidak mahir memasak makanan yang berat seperti
lauk pauk, cukup sekadar menggoreng ikan atau telur. Cuba perhatikan
isteri anda yang sedang menikmati makanan anda masak. Tentu dia gembira
dan tersenyum.
9) Bawa isteri berehat
Kebanyakan suami menganggap berjauhan
daripada isteri kebebasan baginya kerana isteri tidak dapat menghidu
apakah dilakukan di belakangnya. Kini, anda cuba terbalikkan situasi
ini. Sentiasa bawa isteri berjalan-jalan dan berehat di tempat
peranginan.
10) Ciuman khas untuk isteri
Cuba tanya diri sendiri bilakah kali terakhir anda mencium dahi isteri
anda ketika dia berehat selepas penat bekerja. Tahukah anda ciuman anda
di dahi atau kucupan di bibirnya dapat menghilangkan segala kepenatan
dan tekanan pada dirinya hari itu. Begitulah kuatnya kuasa ciuman suami
kepada isterinya
- Sumber : FB Kahwin Muda Itu Indah
0 Response to "Tips Untuk Suami Isteri Hidup Bahagia"
Catat Ulasan