5 Cara Hidup Sihat Yang Perlu Anda Amalkan


Semua orang nak hidup secara sihat betul tak?

Tapi tidak tahu bila nak mula dan macam mana cara terbaik nak amalkan cara hidup yang sihat.

Masalah ini sering berlaku terutama rakyat Malaysia. Negara kita ada bermacam-macam jenis makanan yang sedap tapi kurang sihat. Kebanyakkannya jenis yang berlemak dan berminyak.

Ok, dekat sini saya kongsikan 5 cara hidup sihat yang boleh kita amalkan bersama.


1. Makan secara sihat dan seimbang


Cara hidup yang sihat pertamanya ada perlu jaga pemakanan yang sihat dan seimbang.

apa itu makanan yang sihat dan seimbang?

Anda perlu tahu yang tubuh kita bukan sahaja memerlukan makanan untuk kenyang tapi perlu bermacam-macam lagi. contohnya, Protein, Kabohidrat, vitamin, zat, lemak dan lain-lain.

Jadi, semua jenis diatas perlu kita ambil dan perlu seimbang. Dengan pemakanan yang seimbang itulah menjadikan tubuh kita sihat dan cergas.

2. Kurangkan gula dalam makanan dan minuman


Makanan dan minuman tinggi kandungan gula tidak elok untuk kesihatan.

salah satu sebab penyakit kencing manis dan obesiti yang meningkat di negara kita disebabkan makanan dan minuman di negara kita tinggi kandungan gula. j

jadi, kita perlu membuat pilihan yang betul dan mengawal jumlah gula yang kita ambil dalam makanan dan minuman kita sehari-hari.

3. Banyakkan minum air 


Kita disarankan minum air sekurang-kurangnya 8 gelas air dalam satu hari. 

sekiranya ada tidak kekal hidrat ( cukup air ), prestasi fizikal anda akan berkurang, menyebabkan ada rasa lemah.

Selain itu, dengan banyakkan minum air dapat meningkatkan lagi kesihatan tubuh badan badan anda dan banyak lagi khasiat yang anda dapat dengan mengamalkanya.

4.Bersukan selalu


Ini mungkin sedikit sukar untuk diamalkan bagi sentiasa sibuk dan tidak punya ruang untuk amalkan. 

selain dari bersukan anda juga boleh melakukan apa-apa sahaja aktiviti yang mengeluarkan peluh. 

dan banyak lagi cara lain yang anda boleh lakukan senaman dari rumah.

5. Rehat dan tidur dengan cukup


Rehat dan tidur yang cukup adalah amat penting bagi tubuh badan dan fikiran yang sihat dan cergas.

pastikan anda tidur sekurangnya 8 jam dalam satu hari. tidur yang dapat mengumpul balik tenaga yang digunakan dan merehatkan otak anda dari berfikir.

Jadi, keesokkan harinya ada bangun lebih cergas untuk beraktiviti seharian.

Kesimpulan


Sebenarnya hendak jaga kesihatan tidak perlukan duit pun, hanya perlukan perhatian dan sedikit masa untuk bersenam.

Bila dah sakit yang perlu keluarkan duit untuk beli ubat dan rawatan.

Jadi, sama-samalah kita amalkan cara hidup sihat!





0 Response to "5 Cara Hidup Sihat Yang Perlu Anda Amalkan"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel