10 Cara membahagiakan ibu bapa anda
Setiap anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa bertujuan membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Ajaran Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang mulia. Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk material dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.
Terdapat sekurang-kurangnya 10 bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.
1) Memberi nafkah. Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah
kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan
faktor usia. Kalaupun berkerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung
perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat. Justeru
menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada
ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu
bapa untuk membesar dan mendidik anak.
2) Menyediakan tempat tinggal. Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat
tinggal, atau tidak sesuai untuk didiami, adalah menjadi tanggungjawab
anak menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai kepada ibu bapa. Paling
baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin
keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.
3) Memberi kasih sayang. Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih
sayang yang selama ini telah dicurahkan ibu bapa. Kasih sayang ibu dan
bapa tidak pernah padam terhadap anaknya. Jadi seharusnya kasih sayang
itu dibalas dengan sebaik-baiknya. Anak
yang baik tidak melupai jasa dan kasih sayang kedua ibu bapa. Anak
soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan
dicucuri rahmat.
Firman Allah bermaksud: ?Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil.? (Surah al-Isra, ayat 24).
4) Memberi perhatian. Ibu bapa yang diabaikan akan merasai kesunyian.
Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak diperdulikan. Hal ini
memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika
berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa. Penerapan
amalan memberi perhatian terhadap ibu bapa perlu disemai, dibajai serta
disuburkan dalam kehidupan masyarakat kita. Kes anak yang membuang ibu
bapa semakin meningkat. Anak memandang jijik terhadap ibu bapa sendiri. Banyak
ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah rumah penjagaan
orang-orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga
ibu bapa. Sedangkan, ibu bapa mampu menjaga dan membesarkan beberapa
orang anak.
5) Memenuhi permintaan. Ibu bapa seringkali memerlukan bantuan anak
untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam
bentuk kewangan, tenaga dan masa. Memenuhi
permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain.
Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding
melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat, dan seumpamanya. Malah
keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama berjihad di medan
perang. Diriwaytkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: Saya
telah bertanya kepada Nabi Muhammad: Apakah perbuatan disukai oleh
Allah? Lalu baginda
bersabda: Sembahyang pada waktunya. Kemudian apa? tanya saya lagi.
Baginda menjawab: Berbakti kepada kedua ibu bapa. Saya bertanya: Apa
lagi. Jawab baginda: Berjihad pada jalan Allah.
6) Melakukan apa yang disukai.
Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik
pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa
bermakna melakukan perbuatan derhaka. Anak
derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya.
Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak
terlepas di akhirat.
Sabda Rasulullah bermaksud: Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.(Hadis riwayat Tirmizi).
Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: Semua dosa akan
ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari
kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka
sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa
hidupnya sebelum mati.
7) Bercakap dengan lemah lembut. Satu cara menjaga perasaan ibu bapa
ialah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan
dan jangan membantah permintaan mereka.
Firman Allah bermaksud: Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata cis! terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut. (Surah al-Israk, ayat 23).
Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara
tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam
diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa.
Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan
keadaan sebenar.
8) Menghadiahkan kejayaan. Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak
mereka. Anak hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai
kejayaan agar dapat dikongsi kegembiraannya bersama-sama dengan ibu
bapa. Jadi, jika memperoleh
kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan
seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa
bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.
9) Meluangkan masa bersama-sama. Anak yang tinggal berasingan dengan ibu
bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa
senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.
10) Mendoakan kebaikan untuk ibu
bapa. Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan
mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa
telah meninggal dunia.
Sabda Rasulullah bermaksud: Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya. (Hadis riwayat Muslim).
Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil Anak
tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti
sepanjang hayatnya. Gunakan
kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik
mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin
suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum
terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.
Sepemergian mereka hanya doa dari anak-anak yang soleh dan solehah yang mengiringi mereka....
loveloveislam.com
As-Salam..Ya Allah,sungguh bahagia hidup ini sekiranya dapat membahagiakan ibubapa, sungguh seronok hidup ini sekiranya dapat menyeronokkan ibubapa, sungguh tenang jiwa dan hidup ini sekiranya dapat menenangkan jiwa dan hidup ibubapa, sungguh bertuah hidup ini sekiranya dapat menjadikan ibubapa merasa bertuah hidup bersama kita,sungguh terpelihara dan terjamin masa depan sekiranya dapat memelihara dan berdoa jaminan selamat dunia akhirat untuk ibubapa,sungguh suci bersih jiwa ini sekiranya sentisa mendoakan kebaikan dan bersih dari dosa untuk kebaikan ibubapa,dan sungguh aku menyesal kerana tidak memulakan sejak dari awal lagi hidup ini dengan berbakti kepada ibubapa yang ku kasihi,astaghfirullah,astrghfirullah.Subhanallah,Allah hu Akbarrrrrrr.Jazakallah.Tq.
BalasPadamWassalam m.nooh,betul tu.sungguh bahagianya hidup kita dapat membahagiakan ibubapa kita yang telah banyak berkorban untuk kita selama ini..tak terbalas untuk kita bayar apa yang merekan curahkan untuk kita.semoga kita termasuk dalam golongan anak yang soleh :)
BalasPadam