e-Panduan UPU 2020/2021


Makluman awal bagi lepasan SPM / STPM / Setaraf yang ingin memohon untuk permohonan UPU sesi 2020/2021. Seperti sedia maklum, lepasan SPM perlulah memohon ke UPU untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi seperti Asasi, diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

Permohonan UPU Online 2020

Sebagai makluman, untuk membuat permohonan serta mengakses sistem borang permohonan UPU online, setiap pemohon wajib membeli nombor unik ID UPU di Bank Simpanan Nasional (BSN). Jualan akan dibuka pada tarikh yang ditetapkan.
Tarikh rasmi permohonan dibuka :  24 Februari 2020  jam 12 tengahari
Nota : Tempoh permohonan UPUOnline bagi calon lepasan STPM
24 Februari – 7 April 2020
Pemohon hanya dibenarkan untuk mendaftar dan mengisi maklumat peribadi sahaja dan anda tidak perlu membeli sebarang No.UNIK ID. Selesai mendaftar, anda boleh menyemak senarai program pengajian berserta syarat kelayakan yang diperlukan.
Bagi pelajar SPM yang menduduki SPM pada tahun ini, anda boleh mendaftar dan menyemak senarai program berserta syarat kelayakan yang diletakkan. Dengan semakan ini, dapat memudahkan anda untuk skor subjek penting bagi melayakkan anda memohon ke kursus yang diminati kelak. Untuk mendaftar sila klik pautan dibawah :



Tarikh-Tarikh Penting UPU

A. Pendaftaran Permohonan Dibuka

  • 21 Oktober 2019, jam 12 tengahari : Permohonan Pendaftaran Dibuka
  • 31 Disember 2019, jam 6 petang : Permohonan Pendaftaran Ditutup (Akan dibuka semula untuk permohonan pemilihan program dalam bulan Februari / Mac 2020)

B. Pin UPU Dan Applikasi Permohonan Dibuka

  • 24 Februari 2020 : Permohonan UPU Online 2020 dan jualan unik ID BSN DIBUKA (25 Februari 2019)
  • 30 Mac 2020 : Jualan unik ID BSN DITUTUP – Lepasan SPM/Setaraf (1 April 2019)
  • 6 April 2020 : Jualan unik ID BSN DITUTUP – Lepasan STPM/Setaraf
  • 2 April 2020 : Permohonan UPUOnline DITUTUP (2 April 2019, 1159 malam)
  • 15 Mac hingga 2 April 2020 : Pilihan Program Pengajian UPUOnline calon STPM/ Matrikulasi/ Asasi & STAM Dibuka (15 Mac 2019)

C. Permohonan Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia SPM/ Setaraf

  • 12 hingga 24 April 2020 : Semakan Panggilan Temuduga Lepasan SPM (12 April 2019)
  • 16 hingga 24 April 2020 : Proses Temu Duga Dijalankan Lepasan SPM (16 – 24 April 2019)
  • 5 hingga 10 Mei 2020 : Hebahan keputusan permohonan ke UA/Politeknik Premier (5 Mei 2019)
  • *Akan dikemaskini : Keputusan permohonan ke Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti dan ILKA (— Mei 2019)
  • 5 Mei 2020 : Permohonan Rayuan DIBUKA ke UA, Politeknik, ILKA, Kolej Komuniti (5 Mei 2019)
  • 10 Mei 2020 : Permohonan Rayuan DITUTUP ke UA, Politeknik, ILKA, Kolej Komuniti (10 Mei 2019)

D. Panggilan Temuduga

  • 10 Mei 2020 : Semakan panggilan temuduga (Bukan Pendidikan) Ujian MEdSI bagi lepasan STPM/ Setaraf (10 Mei 2019)
  • 15 hingga 19 Mei 2020 : Ujian Medsi dijalankan (15 – 19 Mei 2019)
  • 15 Mei hingga 28 Jun 2020 : Temuduga Bukan Pendidikan Lepasan STPM / Setaraf (tertakluk kepada UA) : (15 Mei 2019)
  • 11 Jun hingga 27 Jun 2020 : Semakan panggilan temuduga (Pendidikan) bagi lepasan STPM/ Setaraf (11 Jun 2019)
  • 11 Jun hingga 27 Jun 2020 : Temu Duga Pendidikan Lepasan STPM / Setaraf (tertakluk kepada UA) – (— Jun 2019)

E. Keputusan Rayuan Lepasan SPM

  • 26 Jun hingga 2 Julai 2020 : Hebahan keputusan rayuan permohonan bagi lepasan SPM/ Setaraf ke UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA (26 Jun 2019 sehingga 5 Julai 2019)

F. Permohonan UPUonline Fasa 2

  • 28 Jun 2020 : Sistem UPU Online Fasa 2 (Matrik/Asasi) bagi lepasan STPM/Setaraf DIBUKA (28 Jun 2019)
  • 2 Julai 2020 : Permohonan Fasa 2 (Matrik/Asasi) bagi lepasan STPM/Setaraf DITUTUP (2 Julai 2019)

G. Keputusan Permohonan Dan Rayuan Lepasan STPM/ setaraf

  • 30 Julai 2020 : Hebahan keputusan permohonan (31 Julai 2019)
  • 30 Julai 2020 : Permohonan Rayuan DIBUKA selama 10 hari (31 Julai sehingga 9 Ogos 2019)
  • 8 Ogos 2020 : Permohonan Rayuan DITUTUP (9 Ogos 2019)
  • 26 Ogos 2020 : Hebahan keputusan rayuan Fasa 1 (26 Ogos 2019)
  • 13 September 2020 : Hebahan keputusan permohonan rayuan Fasa 2 (13 September 2019)

Kategori Permohonan UPU 2020 / 2021

1) Lepasan STPM / Setaraf ( Ijazah Sarjana Muda )
  • STPM 2019
  • Matrikulasi KPM/ Asasi Sains UM/ Asasi UiTM 2018 / 2019
  • STAM 2018 & 2019
  • Diploma / Setaraf – Diploma UA/ Politeknik , DKM / DLKM/ DVM/ Diploma IPTS/ Diploma Luar Negara/ Lain-lain diploma. Kelayakan Setaraf Seperti A Lavel/ IB/ AUSMAT/ SAM/ CPU/ STPM, Matrikulasi , STAM ( Bukan tahun semasa )
2) Lepasan SPM/ Setaraf ( Asasi , Diploma& Sijil di UA, Politeknik , Kolej Komuniti & ILKA )
  • SPM 2019
  • SPM 2018
  • SPM 2017

Syarat Dan Senarai Program Pengajian Yang Ditawarkan

Cara Mengisi Borang Permohonan UPU Online

  1. Untuk pemohon kali pertama, pemohon perlu mencipta akaun baharu bagi membolehkan anda membuat permohonan kemasukan ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA
  2. Masuk dengan menggunakan Nombor Kad Pengenalan dan Kata Laluan yang telah dimasukkan semasa Daftar Akaun Baru untuk melengkapkan borang permohonan UPU Online.

Maklumat Lanjut Dan Pertanyaan

Bagi mengikuti sebarang maklumat terkini ataupun pertanyaan, pemohon boleh melayari laman sosial Facebook rasmi dan Portal rasmi UPU melalui judul pautan di bawah :
Semoga Panduan ini bermanfaat buat pemohon yang ingin membuat permohonan dalam melanjutkan pengajian anda yang disebutkan di atas.

0 Response to "e-Panduan UPU 2020/2021"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel